Friday, 1 May 2020

Pengenalan


    Kursus pengurusan pembelajaran (KPS 3014) merupakan satu bidang pengurusan yang paling penting dalam bidang pendidikan.Bidang ini memberi impakyang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik serta kokurikulum pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mencapai matlamat dengan mengikuti Standard Guru Malaysia (SGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lebih lancar.

    Pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah. Bilik darjah adalah satu tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan juga merupakan tempat yang sangat penting di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal seperti papan hitam,papan kenyataan, meja dan kerusi untuk guru dan murid,almari,bahan bacaan,bahan bantuan mengajar serta mempunyai ruang yang bersih dan selesa. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah haruslah memberi kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran yang berpust serta aktiviti berkumpulan.Dengan ini, murid dapat berintraksi baik dengan guru.

    Sebelum kami menjalankan tugasa, kami mendapatkan kebenaran pengetua sekolah untuk mendapat kriteria tugasan yang diberi oleh pensyarah. Oleh itu, kami telah menjalankan tugasan di Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian dan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan bertajuk 'Pengurusan bilik darjah yang sistematik'.










Kajian Literatur


Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Selain itu, Robbins (1948), mendefinisikan pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Menurut Shukur (1988), beliau menyatakan pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Konsep pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2016). Menurut David Hargreaves, interaksi bilik darjah melibatkan dua aspek, iaitu melihat hubungan murid dengan guru, dan melihat pengetahuan individu tentang kendiri, persepsi serta peranan. Kendiri merupakan subjek dan objek atau tindakan kerana makna yang ditentukan atas tafsiran aksi orang lain, manakala interaksi merupakan peranan individu berdasarkan rundingan. Peranan guru pula ialah mentamadunkan murid, menjadi pemantau atau fasilitator, manakala sub peranan guru ialah pengamal disiplin atau sebagai seorang instruktor. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
Konsep bilik darjah yang kondusif iaitu sesebuah bilik darjah mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal. Bilik darjah yang kondusif dilihat dari segi susunan fizikal bilik darjah, saiz bilik darjah, serta kemudahan. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Seterusnya, hubungan guru-murid juga amat dititikberatkan dalam suasana pembelajaran di bilik darjah. Elemen-elemen yang terdapat dalam perancangan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif ialah meja guru, kerusi dan meja murid, sudut multi-media, sudut bacaan, pencahayaan dan pengudaraan, meja bulat (membolehkan murid berehat atau berbincang), tempat simpanan bekal makanan, papan kenyataan, bakul sampah, peti pertolongan cemas, jam dan kalendar, serta yang terakhir iaitu rak guru.

Kesimpulan

    Setelah kita menjalankan tugasan di Sekolah Menengah Persendirian,Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, kita mendapati tiga-tiga buah sekolah ini telah menghadapi banyak strategi dalam pengurusan bilik darjah.Guru dan murid adalah terdiri personaliti dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, banyak cabaran akan diharapi oleh pihak sekolah.

    Secara keseluruhannya, bilik darjah memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan juga pencapaian akademik pelajar. Hal ini dikatakan demikian keranabilik darjah yang kondusif akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah dengan penentuan jadual bertugas. 

     Strategi yang dihadapi oleh guru semasa mengurus bilik darjah ialah bilangan kelas dan murid, pembahagian pelajar di kelas,kebaikan dan keburukan tentang pembahagian kelas,perancangan pelaksaan sistem pengajaran pada masa depan,Cara kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas,kaeah menceriakan kelas,pembelajaran secara berkumpulam,kaeah menyusun meja pelajar di kelas serta cara merekod kehadiran pelajar. Strategi-strategi di dalam bilik darjah juga perlu ditimbangkan oleh guru semasa menjalankan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan satu pelan untuk mengurangkan strategi dalam bilik darjah.Hal ini dikatakan demikian kerana jika tidak menyelesaikan strategi yang diharapi dalam bilik dajah akan menimbulkan banyak masalah kepada guru sendiri serta murid.

    Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru juga berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Oleh itu,guru menjadi tunjang utama atau tulang belakang bagi menguruskan sesebuah bilik darjah.