Secara keseluruhannya, bilik darjah memainkan peranan penting terhadap tingkah laku dan juga pencapaian akademik pelajar. Hal ini dikatakan demikian keranabilik darjah yang kondusif akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar, saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah dengan penentuan jadual bertugas.
Strategi yang dihadapi oleh guru semasa mengurus bilik darjah ialah bilangan kelas dan murid, pembahagian pelajar di kelas,kebaikan dan keburukan tentang pembahagian kelas,perancangan pelaksaan sistem pengajaran pada masa depan,Cara kesusunan kedudukan pelajar dalam kelas,kaeah menceriakan kelas,pembelajaran secara berkumpulam,kaeah menyusun meja pelajar di kelas serta cara merekod kehadiran pelajar. Strategi-strategi di dalam bilik darjah juga perlu ditimbangkan oleh guru semasa menjalankan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan satu pelan untuk mengurangkan strategi dalam bilik darjah.Hal ini dikatakan demikian kerana jika tidak menyelesaikan strategi yang diharapi dalam bilik dajah akan menimbulkan banyak masalah kepada guru sendiri serta murid.
Selain daripada aktiviti mengajar, guru-guru juga berperanan sebagai pengurus di dalam bilik darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus bahan-bahan sumber pembelajaran, mengurus disiplin dan masalah peribadi pelajar, dan mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Oleh itu,guru menjadi tunjang utama atau tulang belakang bagi menguruskan sesebuah bilik darjah.
No comments:
Post a Comment