Pengurusan
boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari
jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah
yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Selain
itu, Robbins (1948), mendefinisikan pengurusan merupakan satu proses
mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.
Menurut Shukur (1988), beliau menyatakan pengurusan mencakupi bagaimana
sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan
untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan
bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang seiring dengan falsafah
pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur,
teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,
kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan
mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Konsep
pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta
kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan
bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah
agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti
penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu
pembelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2016). Menurut David Hargreaves,
interaksi bilik darjah melibatkan dua aspek, iaitu melihat hubungan murid
dengan guru, dan melihat pengetahuan individu tentang kendiri, persepsi serta
peranan. Kendiri merupakan subjek dan objek atau tindakan kerana makna yang
ditentukan atas tafsiran aksi orang lain, manakala interaksi merupakan peranan
individu berdasarkan rundingan. Peranan guru pula ialah mentamadunkan murid,
menjadi pemantau atau fasilitator, manakala sub peranan guru ialah pengamal
disiplin atau sebagai seorang instruktor. Suasana pembelajaran yang berkesan
tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi
pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta
tingkah laku pelajar.
Konsep
bilik darjah yang kondusif iaitu sesebuah bilik darjah mestilah mempunyai
peralatan asas atau keperluan kritikal. Bilik darjah yang kondusif dilihat dari
segi susunan fizikal bilik darjah, saiz bilik darjah, serta kemudahan. Di
samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik
darjah. Seterusnya, hubungan guru-murid juga amat dititikberatkan dalam suasana
pembelajaran di bilik darjah. Elemen-elemen yang terdapat dalam perancangan
persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif ialah meja guru, kerusi dan
meja murid, sudut multi-media, sudut bacaan, pencahayaan dan pengudaraan, meja
bulat (membolehkan murid berehat atau berbincang), tempat simpanan bekal
makanan, papan kenyataan, bakul sampah, peti pertolongan cemas, jam dan
kalendar, serta yang terakhir iaitu rak guru.
No comments:
Post a Comment